Rabu, 14 Oktober 2009

Who Is Dajjal?

Satu hari seorang ayah telah bersetubuh dengan anaknya sendiri sehingga lahirlah seorang manusia yg cacat matanya , dan anak ini telah di hanyutkan ke sungai…dalam perjalanan si cacat mata ini telah berselisih dengan Nabi musa a.s yg juga di hanyutkan oleh ibunya yg bimbang si Firaun laknatullah membunuh anaknya kerana telah kedengaran titah di setiap penjuru alam dari raja yg jahat bahawa sesesiapa yg melahirkan anak lelaki pada tahun ini akan di kenakan hukuman bunuh…

Allah menunjukkan sifatnya yag Maha hebat yg mana Nabi Musa a.s telah hanyut menentang arus dan tiba ke istana firaun dan di jaga oleh firaun sendiri selaku sejahat-jahat makhluk dan akhirnya menjadi seorang Nabi yg berakhlak mulia manakala si mata cacat yg juga di kenali dengan nama Samiri telah hanyut kesebuah pulau dan dijaga oleh malaikat Jibrail a.s yg tinggi darjatnya dan si samiri akhirnya menjadi satu makhluk yg paling jahat dan dahsyat! Lebih jahat daropada Firaun!Namrud! dan Qarun!

Moral: takdir anak bukan di tangan ibu-bapa….

Amacam? Best tak intro kat atas tu, macam best kan? Cerita ini aku ambil direct dari ‘mulut ke telinga’ dari seorang alim . segala kekurangan amat di kesali…

Sambung balik…

Maka membesarlah Samiri di pulau tersebut(pulau apa aku tak tahu) dengan bahagianya, dan malaikat jibrail telah mengajar hikmat2 yg begitu istimewa kepada samiri ini, dan samiri telah berjaya menyembuhkan matanya dan menghias pulau itu dengan indah dan begitu hebat berdasarkan ilmu2 yg telah di pelajari dari malaikat jibrail…akan tetapi, malaikat jibrail telah membuat syarat bahawa, si samiri akan memperolehi hidup yg bahagia di dunia dan di akhirat kelak apabila beliau sanggup berjanji tidak akan meninggalkan pulau itu walau dlm apa jua keadaan pun…dan si samiri telah berjanji akan mematuhi syarat dengan malaikat jibrai alahisalm.

Tentu ada yg korang macam tak setuju dengan apa yg aku cerita nih, aku berharap korang dapat betulkan apa yg salah kat kotak komen kat bawah ok?! Untuk pengetahuan korang , Satu hari aku telah di beri laluan oleh seorang ustaz untuk memberi ceramah di Masjid Berenjut Kemaman, (ustaz tu tak sihat)dan apabila audience tahu aku (mereka tak tahu yg aku ni bukan ustaz)nak bercerita pasal dajjal, maka ramailah penduduk yg membanjiri saf-saf dalam masjid( ops! yg depan sila duduk, yg belakang tak nampak, maaf-maaf, sila-sila he he he)

Sambung lagi cerita…

Apabila si samiri ni telah besar, (lebih 40 tahun)maka dia memungkiri janji dan telah lari dari pulau kerana bosan duduk sorang2, dan tak sabar nak melihat dunia luar…apabila dia tiba ke dunia luar dia telah berjumpa dengan Nabi musa dan begitu kagum dengan hikmat-hikmat(mukjizat2) Nabi musa lalu telah membuat keputusan untuk menjadi pengikut nabi Musa…

Aku pendekkan lagi cerita

Akhirnya apabila Nabi musa telah selamat ke sebuah dataran dan firaun serta bala tenteranya telah musnah dalam laut…Nabi Musa telah pergi mengasingkan diri selama 30 hari di bukit Tursina…dalam keadaan begitu si samiri ini telah mengambil peluang untuk menjadi pemimpin(sesipa berniat nak jadi pemimpin-sila hati2) yg mana dengan ilmu dan hikmatnya yg di pelajari dari malaikat jibrail telah mencipta sebuah patung lembu emas yg boleh bergerak-gerak.(dahsyat…)

Untuk pengetahuan korang kaum bani Israel ini sebelum kedatangan Nabi musa a.s adalah penyembah patung lembu…maka kerana itulah mereka2 ini begitu mudah menjadi murtad…walhal mereka telah banyak menyaksikan keajaiban2 langit seperti laut terbelah, ular raksasa besar, lautan darah dan lain2, kerana itu daqwah melalui keramat atau benda yg pelik2 adalah bukan sunnah Nabi, nabi muhammas s.aw sendiri pernah belah bulan depan abu jahal tapi tak terkesan sedikitpun..aku nak pesan mereka2 yg terpengaruh dengan gurunya yg berjalan atas air, takde istimewanya, (takde maknenyer…)labah2 pun boleh jalan atas air, Nabi datang bukan nak ajar jadi binatang, nabi nak ajar korang jadi orang!

Selepas aku berceramah, datang seorang sahabat yg aku lihat penampilannya hampir 100% sunnah telah tegur aku, : “cerita2 mengenai dajjal, iman mahdi tak dapat meningkatkan iman, lain kali ceritalah perkara2 yg menaikkan iman…”

Aku senyum dan menerima tegerun itu dengan senyuman…kemudian dia memeluk aku…aku dapat rasakan haba di badannya dan aku tahu dia adalah seorang hamba Allah yg jauh lebih baik dari aku…

Sambung balik cerita kita…

Apabila cukup 30 Hari Nabi musa belajar iman di bukit Tursina, maka Allah telah bagitahu pada Musa a.s. bahawa kaumnya sedang murtad dan Nabi Musa perlu tambah masa selama 10 hari lagi untuk dapat kekuatan menentang org yg murtad…

Apabila nabi Musa pulang, terus ditariknya janggut Nabi Harun dan marah2, dan berlakulah perperangan antara pengikut Nabi Musa dan Samiri… (yg ni ada cerita dlm al-Quran)

Akhirnya Nabi Musa telah berjaya mengalahkan samiri tetapi tidak dapat membunuhnya..samiri berkata hanya Nabi Isa a.s yg boleh membunuhnya..maka (aku pendekkan lagi cerita) setelah di ketahui oleh samiri bahawa tidak lama nanti akn lahir Nabi Isa a.s maka lari dan pulanglah si samiri ke pulau asalnya…

Dan akhirnya dia telah di berkas dan di rantai oleh malaikat dan telah berubah sifat dirinya menjadi makluk hoduh lagi buruk…dan tinggallah dia di pulau itu sampai sekarang…

Satu hari seorang pelayar(sailorman) telah terdampar ke pulau itu dan berpeluang bertemu samiri yg berupa makhluk raksasa …(ada dlm kitab hadith)

Maka apabila pelayar ini yg bernama Tamingdari r.a berjumpa Nabi Muhammad s.a.w, dan bercerita tentang mahluk yg dijumpainya itu…maka Nabi Muhammad s.a.w telah membenarkanya….itulah DAJJAL…, nama baru setelah melanggar sumpah sama macam iblis nama baru setelah ingkar dengan Allah subhanahuwataala…wallaualam…

Aku habiskan cerita ini di sini sebab yg lain2 dah banyak ustaz cerita dan banyak juga buku2 di pasaran…selepas sembahyang isyak pada malam itu ramai telah datang dan bertanya macam2 soalan terutama tentang iman mahdi, tanda kiamat dan lain2…perbincangan tentang perkara ini telah menjadi panjang..sampai larut malam..kesian isteri aku kat rumah…apabila pulang si isteri masih Belum tidur…dan aku sambung berborak ngan isteri aku mengenai isu isu semasa kat rumah seperti, gula dah nak habis, beras tinggal sikit, hujung minggu ni nak ke mana dll…keesokkan pagi aku bersolat subuh berjemaah di masjid tersebut…dan bilangan jemaah subuh adalah sama seperti hari2 sebelum…4 hingga 5 org, di antara ahli jemaah aku sempat berjumpa dengan bro yg peluk dan tegur aku malam tadi, aku kata: benarlah bang, cerita dajjal dan iman mahdi ni tak dapat meningkatkan iman…semalam penuh masjid, pagi ni sama sahaje..isk,..isk…

Aku dan bro itu terus berborak pula tentang isu2 dan cerita2 yg meningkatkan iman…nak tahu pakah cerita2 yg boleh meninggkatkan iman? Tunggu………….(mungkin 8 tahun lagi..insyaAllah)

Ps: Sebelum kiamat besar datang, akan datang kiamat kecil, apakah kiamat kecil? Menjadi mayat adalah kiamat kecil….Ya Allah matikanlah kami dalam iman….(senyum)

Nota: jika ada yg salah kat atas tu, tolonglah tegur…tolonglah…akulah budak di luar pagar yg nak makan cempedak….kempunan nanti…
http://keretamayat.blogspot.com/2006/03/siapakah-dajjal.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar